Tuesday, 29 October 2013

NASI AYAM HAINAM

Nasi Ayam Hainan


Masa Bulan puasa hari 2,Sy ada berniaga bazr Ramadhan...Menu Utama Gerai Ku adalah nasi ayam & Nasi Tomato...Sampingannya sy menjual pelbagai jenis air...

Nasi Tomato


Nasi ayam
Niaga Bulan Bulan Pausa Biasa la...Sudah tentu penat...Hari-Hari Niaga plak 2....Tapi apabila sesuatu yang kita masak 2 habis di jual..Senyum sampai ke pipi (^_^)....Hari ni saya nak berkongsi resepi (NASI AYAM ) Yang rsepinya saya Olah sendiri....(Search kat internet tengok pelbagai jenis resepi nasi ayam)..hehheheehhe...then...saya cuba buat....



Resepi Nasi Ayam
Bahan-Bahan
1- Seekor ayam -saya belah 2 jew...
2- Sup Bonjud Adabi - 2 paket
3- 3 ulas Bawang Besar
4- 5 ulas bawang putih
5- halia
6- perencah sup adabi (Utk kepekatan sup)
7- Garam
8- ajinamoto (x letak pon xpe)
9- Minyak Masak
10- Daun Sup

*** Bahan-Bahan Di Atas Untuk Membuat Sup

Bahan -Bahan Nasi Ayam
1- 5 cawan Beras
2- Serbuk Kunyit
3- Mentega
4- Daun Pandan

Cara membuatnya

# Blend bawang besar,bawang putih,halia
#Panaskan Minyak di dalam periuk,then masukan Sup Bonjud,bahan yang di blend tadi,kacau Sehinnga bahan tadi kekuningan
#Masukkan Perencah Sup
#Masukan air sehingga separuh periuk,dan selepas itu masukan ayam (ayam tidak perlu di goreng dahulu)
#Masukkan Perasa (Garam & Ajinamoto)
#Masukkan Daun Sup...pas2 Masak Sehingga Sup tadi mendidih..

Siap.....

Cara Masak Nasi Ayam...
#Basuh Beras dan masukkan di dalam periuk...
#Masukan sup yang di masak tadi ( pastikan sukatan nasi dan air 2 betul ) tkt lembik atau mentah jew....hihihi
#Masukkan 3 sudu mentega,dan daun pandan
#Last sekali masukkan sedikit serbuk kunyit...(nak bagi nasi kekuningan...dan nampk cntik...)


Perapan Ayam...
Bahan-Bahan untuk perap ayam
1- Kicap pekat
2- Sos tiram
3- Sos Cili


Masukkan ayam di dalam 1 bekas...pas2 masukkan sedikit kicap pekat,tiram dan sos cili...perap ayam tadi selama setengah jam...
selepas itu goreng ayam tadi...pastikan api yang di gunakan tidak terlalu besar...


Sambal ayam..
masukkan sedikit sos cili di dalam periuk kecil...pas2 blend 1 bunga bawang putih....pas2 campurkan di dalam sos cili tadi...
masak sehingga naik bau....

Selamat mencuba ye..!!!!!!!!

SEKIAN DARI Norlishaini the house....(^_^)....

Saturday, 26 October 2013

Bunga Crepe



 Tempahan Bunga Crepe
Warna Bunga,Pink,Merah,Hitam,Peace,Biru,Putih,Oren,Hijau

Senarai Harga

1Batang - 200 Batang   : RM 2.30    (1 Batang )
1Batang - 400 Batang   : RM 2.00    (1 Batang )
500 Batang Ke Atas     : RM 1.80    (1 Batang )


Sebarang Pertanyaan @ Tempahan Sila Pm
0134561384 / 0135936552
atau
Email Saya
lishainisafwan@gmail.com






                                     Antara Warna Bunga Crepe

Puding Roti



 

Salah Satu Kegemaran Ku Juga!!...
ermmmm....Memang sedap klu mkn waktu petang n bersama keluarga,Adik-adik sy memang suka sgt klu sy buat puding ni...
Senang sahaja untuk membuat Puding Roti nie...
bahan-bahannya pula mudah di dapati  di kedai-kedai runcit... 

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 4 keping roti, disapu mentega
  • 450ml susu segar
  • 3 biji telur
  • 25g gula
  • 1 sudu besar tepung kastard

Cara-cara


  1. Potong roti sesuka hati dan susun di dalam loyang.
  2. Panaskan susu di atas api(jangan sampai mendidih).
  3. Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu yang telah dipanaskan.
  4. Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati.
  5. Tuang campuran atas susunan roti. Biarkan selama 15min supaya roti kembang.
  6. Bakar 20-30min pada suhu 180. Kemudian sejukkan.




Puding kesukaan KU.....

Puding Santan

















Bahan-bahan
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula
  • 1100 ml air
  • 170ml air campur 1 paket santan serbuk
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan
Cara-cara
  • Masak air dengan gula dan daun pandan hingga gula larut.
  • Masukkan serbuk agar-agar dan kacau lagi hingga mendidih.
  • Kecilkan api.Tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga adunan santan timbul dan berbintil2.
  • Tuang kedalam loyang atau acuan.
  • Sejukkan dalam peti sejuk sehingga mengeras baru potong.